Friday, June 5, 2009

Senaman Tenaga Batin Melayu

Senaman Tenaga Batin Melayu

Terdapat banyak variasi Senaman Tenaga Batin Melayu.Ianya berbeza-beza menurut tujuan melakukannya.Kaedah-kaedah gerakan yang paling banyak boleh ditemui dalam bidang persilatan, bertujuan menguatkan bahagian-bahagian tertentu tubuh dan keutuhan tubuh keseluruhannya.Namun begitu yang menarik untuk dicatatkan ialah jenis-jenis senaman bagi memulihkan,mengekalkan serta menguatkan tenaga batin dalam konteks ilmu kelamin.

Orang melayu lelaki dan wanita memang ada mengamalkan beberapa gerakan senaman tenaga batin samada pada setiap hari atau pada tempoh-tempoh tertentu.Ada yang mengamalkan cuma satu dua gerakan ada yang lebih banyak,ada yang mengajarkan perkara-perkara ini kepada bakal-bakal pengantin.Ada gerakan yang disertai oleh praktik pernafasan yang bersistem,ada yang lebih mementingkan gerakan dari aspek pernafasan.Ada gerakan yang disertai dengan doa,ayat atau jampi,ada yang dilakukan tanpa perkara tersebut.Namun yang jelas ialah bahawa kebanyakan dari gerakan senaman ada unik,tidak ditemui dicatat dalam mana-mana teks kuno bangsa-bangsa lain.

Antara disiplin yang banyak diperkatakan ialah Senaman Harimau dan Senaman Kucing, sedangkan ada juga gabungan gerakan yang tidak diketahui namanya oleh pewarisnya.Senaman-senaman ini nampaknya dicari-cari oleh ramai lelaki dan wanita Melayu yang mengetahui keujudannya.Jika diambil secara lisan,biasanya disyaratkan untuk "memutus" dengan menghadiahkan kain atau kain putih atau satu persalinan atau asam garam serta wang bergantung kepada syarat guru.Oleh kerana kesan positifnya terhadap kesihatan tenaga batin ia dianggap sebagai khzanah yang tinggi nilainya.

1 comments:

DR 1221 on June 5, 2009 at 10:12 PM said...

laaaa .... citer gapo pulok ni.

Post a Comment

Friends

Followers

Fave This

FAIZAL THE BLU... Copyright © 2009 Not Magazine 4 Column is Designed by Ipietoon Sponsored by Dezigntuts