cbox

Wednesday, July 15, 2009

MENJAGA ANU lelaki

1. Jangan kencing di dalam air.Contohnya ketika mandi di dalam sungai,kolam atau yang
bersamaan.

2. Jangan terus basuh atau mengenakan air pada alat kemaluan anda iaitu selepas melakukan seks.

3. Jangan lakukan seks di dalam bilik berhawa dingin.offkan dahulu heeeeeheheeee

4. Jangan makan bersulam air.Biar 1/2 jam selepas makan barulah air diambil

5. Jangan gunakan sebarang ubat kebas.(gambir swk)

6. Tidak digalakkan kemaluan anda dihisap oleh pasangan anda kerana boleh menyebabkan urat nadi prostat tidak berfungsi dengan baik.Prostat sebenarnya adalah alat bagi memanaskan badan dan melancarkan peredaran darah.

7. Tidak digalakkan mengambil makanan-makanan sejuk.Selalukan mengambil makanan panas dan segar.

8. Amalkan selalu kencing pada tempat yang keras seperti batu,simen atau kayu dll

Continue reading...

Wednesday, June 24, 2009

Mengubati Kelenjar Tubuh

Di dalam tubuh manusia terdapat 8 kelenjar ini mengeluarkan hormon-hormon bagi memb0lehkan tubuh anda berfungsi dengan baik.Jika salah satu kelenjar tidak berfungsi sebagaimana sepatutnya maka tubuh akan mudah dihinggapi penyakit zahir dan batin.Antara kelenjar yang mempunyai khasiat yang paling baik untuk kesihatan tenaga batin ialah yang berada di kepala.
Posisi ini menuju Makan Atas dan merangsang Titik Lazat Cita (G-Spot) jika tusukan dilakukan sekitar 2 inci dalam lubang faraj.Posisi ini dinamakan oleh Tung Tsuan dengan nama Bayan Biru Menari Berpasangan,Syeikh Omar bin Muhammad Nefzawi telah mengajar dalam bukunya Taman Wangi kedudukan dimana isteri baring terlentang dan kakinya diangkat agar kedua-dua kakinya berdekatan dengan telinganya................tak dapat nak teruskan
Continue reading...

Tuesday, June 23, 2009

Mengubati penyakit Pitam-pitam

Ada manusia yang mengidap penyakit mudah berpeluh,merasa letih dan lemah,selalu merasa mahu pitam atau degupan jantungnya selalu pantas.Kedudukan ini dikatakan boleh membantu mengubati penyakit tersebut dengan cara melakukan kira-kira 90 dayungan sehari selama 10 hari berturut-turut.Tekniknya tidaklah dapat penulis cerita disini.
Continue reading...

Sunday, June 14, 2009

Pernafasan Sebelum Jima'

Berikut dicatatkan langkah-langkah bagaimanakah seharusnya suami mengawal nafasnya sebelum, semasa dan selepas jima' untuk tujuan-tujuan yang tertentu.Ianya adalah koleksi dari berbagai-bagai punca tradisi untuk manambah pengetahuan.Sejauh manakah kesahihanna tidaklah dapat penulis buktikan kerana tidak ada sebarang kajian setakat yang diketahui yang menyokong atau menidakkan perkara.

1. Bagi membolehkan suami benar-benar dapat menikmati isterinya dan isteri menikmati suaminya, datangilah isteri semasa suami bernafas kanan dan isteri bernafas kiri.Jika jima' dilakukan maka akan mencapai kepuasan yang dihajati.

2. Sekiranya mahu mendapat anak lelaki dari jima' itu lakukan jima' pada masa isteri subur iaitu di hari yang genap setelah kering haid. Lakukan jima' semasa isteri bernafas kiri dan suami bernafas kanan.Nafas isteri semasa itu ialah nafas Tanah iaitu hembusannya lambat, agak hangat,mempunyai bunyi yang dalam dan datang dari tengah seolah-olah dari dagu.

3. Sekiranya mahu mendapat anak pepempuan, lakukan jima' pada masa isteri subur iaitu di hari yang ganjil setelah kering haid.Lakukan jima' semasa isreri bernafas kanan dan suami bernafas kiri.Nafas isteri semasa itu ialah Nafas Air, hembusannya amat laju, bunyinya kuat dan ia sejuk bila dirasa.

4. Bagi isteri yang sukar hamil, dia boleh mengandung jika semasa jima' itu dia baharu memulakan Nafas tanah atau nafasnya Nafas ialah Nafas Kanan dan pada ketika itu nafasnya ialah Nafas Api, hembusannya amat panas.

5. Jika sebelum ini isteri menolak untuk jima' dekati bila dia tidur nyenyak pastikan pada ketika itu suami bernafas kanan dan isteri bernafas kiri.Buka daging purana isteri dengan perlahan-lahan dan tiuplah ke arah dalam faraj kemudian tinggalkan dia.Bila dia terjaga,farajnya akan terasa gatal (mengemut) dan dia akan berkehendak untuk jima' dengan suaminya.



Continue reading...

Wednesday, June 10, 2009

Senaman Dan Jenis Tubuh Anda

Manusia boleh dibahagikan kepada 3 ketegori berdasarkan kepada pertumbuhan tubuhnya secara keseluruhan secara keseluruhan, agihan lemak pada badan otok-otok dan juga ketinggian.Berikut adalah jenis-jenis tubuh dan senaman yang sesuai dilakukan:

Jenis Tubuh Anda
Jenis Endomorph.Tubuhnya tambun,bulat dan kelihatan lembut.Pinggangnya lebih lebar berbanding bahunya.Tulang-tulangnya kecil.Tubuhnya kurang berotot.Pada tubuhnya terdapat lemak yang melebihi purata

Senaman Yang Sesuai
Tidak sesuai untuk melakukan jogging atau gerakan-gerakan yang menghentak tubuh ke tanah.Sesuai untuk berbasikal, berjalan atau berenang kerana ini dapat meminimakan tekanan terhadap kerangka tubuh

Jenis Tubuh Anda
Jenis Mesomorph.Tulangnya teguh dan besar dan tubuhnya mempunyai otot-otot yang kuat.Bahunya lebar dan pinggangnya kecil.Dirinya nampak lasak.

Senaman Yang Sesuai
Sesuai untuk berjalan atau berlari jarak dekat tetapi bukan jarak jauh.Dia juga sesuai untuk belajar seni mempertahankan diri,angkat berat,tenis atau bermain kapar layar

Jenis Tubuh Anda
Jenis Ectomorph.Tubuhnya tinggi dan lehernya panjang serta kurus.Bahu,dada dan pehanya kecil.Ruas-ruas tubuhnya panjang.Kecil pergelangan tangannya dan tubuhnya mempunyai sedikit saja lemak

Senaman yang Sesuai
Jenis ini tidak sesuai berenang juga berlari pantas.Lebih sesuai untuk melakukan jogging,skipping,bermain tennis atau badminton.
Continue reading...

Friday, June 5, 2009

Senaman Tenaga Batin Melayu

Senaman Tenaga Batin Melayu

Terdapat banyak variasi Senaman Tenaga Batin Melayu.Ianya berbeza-beza menurut tujuan melakukannya.Kaedah-kaedah gerakan yang paling banyak boleh ditemui dalam bidang persilatan, bertujuan menguatkan bahagian-bahagian tertentu tubuh dan keutuhan tubuh keseluruhannya.Namun begitu yang menarik untuk dicatatkan ialah jenis-jenis senaman bagi memulihkan,mengekalkan serta menguatkan tenaga batin dalam konteks ilmu kelamin.

Orang melayu lelaki dan wanita memang ada mengamalkan beberapa gerakan senaman tenaga batin samada pada setiap hari atau pada tempoh-tempoh tertentu.Ada yang mengamalkan cuma satu dua gerakan ada yang lebih banyak,ada yang mengajarkan perkara-perkara ini kepada bakal-bakal pengantin.Ada gerakan yang disertai oleh praktik pernafasan yang bersistem,ada yang lebih mementingkan gerakan dari aspek pernafasan.Ada gerakan yang disertai dengan doa,ayat atau jampi,ada yang dilakukan tanpa perkara tersebut.Namun yang jelas ialah bahawa kebanyakan dari gerakan senaman ada unik,tidak ditemui dicatat dalam mana-mana teks kuno bangsa-bangsa lain.

Antara disiplin yang banyak diperkatakan ialah Senaman Harimau dan Senaman Kucing, sedangkan ada juga gabungan gerakan yang tidak diketahui namanya oleh pewarisnya.Senaman-senaman ini nampaknya dicari-cari oleh ramai lelaki dan wanita Melayu yang mengetahui keujudannya.Jika diambil secara lisan,biasanya disyaratkan untuk "memutus" dengan menghadiahkan kain atau kain putih atau satu persalinan atau asam garam serta wang bergantung kepada syarat guru.Oleh kerana kesan positifnya terhadap kesihatan tenaga batin ia dianggap sebagai khzanah yang tinggi nilainya.
Continue reading...

Thursday, June 4, 2009

Mengurut Zakar

Mengurut Zakar

Amalan Mengurut zakar adalah amalan tradisi.Bilakah amalan ini bermula tidaklah dapat dikenalpastikan tetapi besar kemungkinannya ia telah bermula sejak dari bermulanya ilmu urut iaitu di Mesir.

Setakat yang hambo ketahui banyak bangsa mengamalkan ilmu mengurut zakar termasuklah bangsa Cina,India,Melayu. Walaupun begitu amalan mengurut zakar dianggap oleh orang-orang yang mengetahui perlu disertai dengan mengurut bahagian-bahagian tertentu tubuh badan bagi membetulkan dan melancarkan semula aliran darah.

Tujuan Mengurut Zakar

Terdapat beberapa perbezaan pendekatan serta tujuan mengurut zakar.Dari rujukan-rujukan hambo mendapati bahawa tujuan mengurut zakar adalah salah satu atau kombinasi perkara berikut:

1. Bagi mengubati tanda-tanda atau gejala penyakit mati pucuk atau lemah tenaga batin serta usaha-usaha pencegahannya yang mana kebanyakannya melanda golongan lelaki yang lebih tua.

2. Bagi mengubati atau mengelakkan gejala pancutan mani sebelum masa yang mana kebanyakkannya melanda golongan lelaki muda.

3. Bagi membesarkan dan memanjangkan zakar.Menurut pengetahuan Cina,zakar boleh menjadi lebih panjang dengan tambahan 1 hingga 2 inci.Menurut maklumat pengetahuan Melayu, zakar boleh menjadi panjang dan besar lebih dari ukuran yang diberikan oleh bangsa Cina. Walaupun begitu amalan ini kurang digalakkan kepada lelaki yang normal saiz zakarnya ( 4 hingga 6 inci ) melainkan sekiranya saiz zakar terlalu kecil dan pendek.

4. Bagi mempertingkatkan prestasi ketegangan zakar dimana zakar itu akan menegang dengan lebih galak, lebih menegak mengghampiri arah pusat lelaki.Ketegangan zakar ini diketahui lebih galak apabila ianya tidak mudah ditekan menghala ke bawah,tidak terkedu apabila ditekan dengan perut jari tangan,keadaan zakar lebih 'tajam' kerana biji zakarlebih keras dan menonjol.
Continue reading...

Wednesday, June 3, 2009

Menghalusi Inzal Mani Wanita

Menghalusi Inzal Mani wanita

Inzal mani bagi perempuan adalah kemuncak aktiviti jima' di mana tubuh perempuan mengalami peningkatan denyut nadi, tekanan darah dan pernafasan.Ia boleh berlaku hasil rangsangan pada Nafsu Dalam (menerusi kemasukan zakar atau dayungan) pada Nafsu Luar (menerusi rangsangan dengan tangan atau zakar) dan pada Nafsu Badan (menerusi rangsangan tangan atau cumbuan).Walaubagaimanapun izal mani yang berlaku hasil rangsangan pada Nafsu Dalam dianggap yang utama dalam semua cabang ilmu kelamin.Jangka waktu untuk mencapai inzal mani itu berlainan pada setiap perempuan.Begitu juga berbeza ia menurut keadaan rangsangan dan suasana berlakunya jima'.

Dari kajian Barat ada perempuan mengalami inzal mani hingga 3 ke 5 kali hannya dalam waktu beberapa minit bahkan boleh mencapai sampai 12 kali inzal dalam masa satu jam berjima'.Begitu jugalah menurut ajaran sumber ilmu kelamin yang lain. (awas lelaki kejantanan mu tercabar).

Tanda isteri hampir inzal mani ialah nafasnya semakin memuncak, dia meneran,badannya semakin tegang,dia seperti tidak sedarkan dirinya kerana 99 bahagian badannya dikuasai oleh nafsu kenikmatan sedang hanya 1 bahagian akal. Tanda Inzal mani telah hampir benar ialah badannya bergerak-gerak,menggisar atau bergoyang.Sesaat sebelum inzal akan terasa ketegangan selama 2 hingga 4 detik pada otot-otot kecil sekeliling faraj dan rahim mula mengendur. Tanda inzal mani ialah tiba-tiba sahaja nafasnya terhenti badannya menjadi kendur seperti tali tegang yang putus dan dia mungkin mengeluh.Inzal mani berlangsung antara 10 hingga 15 saat.Pada ketika itu farajnya akan mengemut-mgemut dan disertai kejutan-kejutan kecil dibadannya.akan terasa suatu pengenduran otot secara berirama dan berurut-turut yang terjadi setiap 0.8 saat setiap gelombangnya.Mula-mula terasa sekeliling 1/3 hujung luar faraj dan menjalar sampai ke dalam rahim.Rahim dan dubur juga turut mengemut-ngemut.Bagi inzal mani yang biasa akan terjadi 3 hingga 5 kali kemutan,bagi inzal yang hebat akan berlaku 8 hingga 12 kali kemutan.ketika berlakunya inzal mani itu,otot-otot perut,betis,lengan,wajah,kaki dan leher ikut mengendur.Kejutan-kejutan ini berakhir dalam masa lebih kurang 2 minit.
Continue reading...

Monday, June 1, 2009

Inzal mani Yang Sihat

Inzal Mani Yang Sihat
Dari segi istilah,inzal itu bererti puncak syahwat atau kemuncak keghairahan syahwat.Ia adalah tahap paling atas dari kesan rangsangan2 ketika jima' atau sebelum jima',atau boleh juga berlaku dalam mimpi,atau dari penyimpangan seks.Secara adatnya setiap pasangan mahu mencapai inzal,agar jima itu dapat menghasilkan kepuasan keriangan yang diharapkan.Istilah inzal mani pula bererti inzal dan memancutkan mani (bagi lelaki) dan ada kajian yang menyatakan bahawa wanita juga mampu memancutkan mani ketika inzal tetapi peratus wanita yang demikian adalah amat kecil.Inzal berupa kejutatan2 berulang yang menikmatkan,pancutan mani ialah terpancarnya air mani dari kemaluan lekaki dan wanita. Tanda paling umum bagi hampirnya inzal mani ialah nafas yang semikin kencang,tubuh dan alat kelamin yang semakin geli,badan menjadi kejang.Inzal berlaku apabila tiba-tiba badan menhadi kendur dan diikuti kejutan-kejutan yang berulang.Bagi suami keseronokan itu lebih dirasakan pada alat kelaminnya.Bagi isteri kenikmatan dirasa menyelinap ke seluruh bandanya.

Seorang lelaki boleh inzal berkali-kali tanpa memancutkan mani dan ini memerlukan latihan mengawal pancutan mani.inzal mani itu boleh berlaku pada lelaki atau perempuan sama ada dengan jima' atau tanpa jima'.Ia adalah peringkat ghairah keseronokan dan kegelian yang amat sangat sehingga jiwa dan badan tidak terdaya menahannya pada ketika itulah ianya terjadi,dikesani dengan terpancutnya cecair mani bagi lelaki dan kejutan-kejutan yang berlaku berulang-ulang bagi lelaki juga wanita.Dari belbagai punca didapati bahawa inzal mani itu terbahagi kepada 2 jenis:

1) Inzal Biasa >Iaitu inzalnya suami dengan terpancutnya maninya atau inzalnya isteri dengantanda-tandanya.

2) Inzal Lembah > iaitu inzalnya suami tanpa memancutkan mani.Ia dapat dilakukan berkali-kali dalam satu kali jima'.

Inzal Mani Biasa adalah paling diketahui umum.Ia berlaku tanpa perlu sebarang latihan atau kemahiran.Inzal lembah adalah sau seni yang telah diperkenalkan oleh bangsa Cina zaman dahulu ia memerlukan latihan.Secara umum inzal mani meletihkan badan.Namun begitu inzal mani dapat menerbitkan ketenangan dan kebiasaannya suami atau isteri akan mudah tidur setelah itu.Keletihan akibat keseronokan yang menukar ke seluruh badan itu akan melalaikan perasaan.

Continue reading...

Monday, May 25, 2009

sambungan > kekerapan jima' untuk kesihatan

Jadual kekerapan jima mengikut usia suami

Umur Suami Jima' dan inzal mani Jima dan inzal mani
Sekarang jika tubuh suami kuat jika tubuh suami lemah
( tahun )

20 banyak kali 1 kali sehari
30 1 kali sehari 2 hari sekali
40 3 kali sehari 4 hari sekali
50 5 kali sekali 10 hari sekali
60 10 hari sekali 20 hari sekal

Luqmanul Hakim, yang mana namanya tersebut di dalam Al-Qur'an,adalah salah seorang pendita Islam. Beliau telah ditanya mengenai berapa kalikah dalam seminggu jima' patut dilakukan,lantas beliau menjawab: Sekali sahaja.Jika tidak tahan sekali,maka dua kali,Apabila ditanya lagi bagaimana jika tidak cukup juga dua kali,maka beliau menjawab: Serahkanlah nyawa kamu pada wanita. Dari apa yang beliau pesankan itu,jelaslah bahawa jima'yang terlalu kerap akan mendatangkan mudarat kepada kesihatan suami.

Apakah had paling minima sepatutnya jima' dilakukan sebagai memenuhi syarat pemberian nafkah batin.Kita merujuk kepada pendapat-pendapat ulama Islam mengenai hal ni.

Menurut Asyik Zurak dalam kitabnya: Suami mestilah menunaikan hak isterinya dua kali dalam seminggu.Ini bertujuan agar isteri itu menjamin dari melakukan maksiat kecurangan dalam rumahtangga,tetapi tidaklah dilakukan lebih kerap hingga membosankan.Dalam kitab Ihya Ulumidin,Imam Al-Ghazalli mencatat: Hendaklah lelaki itu jima' dengan isterinya empat hari sekali dan itu dianggap pekerjaan yang adil kerana menimbangkan bahawa dihalalkan oleh Allah Ta'ala bagi lelaki itu empat isterinya, tetapi harus dia mengurangi atau melebihkan kekerapan itu.Sebagaimana yang tercatat dalam Khutbah Nikah,isteri boleh menuntut cerai ta'lik jika suami tidak memberikan nafkah selama empat bulan Hijriyah.Ini adalah sempadan yang perlu diketahui oleh para suami.

Secara umum,berbagai punca pendapat bahawa kaun wanita itu, terutamanya yang sedang bersuami,mempunyai kemahuan untuk berjima kurang kerapjika dibandingkan dengan suaminya.Ramai isteri lebih suka jika suami kerap bergurau senda,beramah mesra dan bercumbuan.Hal ini patut disedari oleh para suami untuk mengelakkan dari salah faham terhadap isterinya.Namum begitu jika isteri tidak mempunyai apa-apa sebab yang menghalangnya jima',patutlah para isteri melayani suaminya apabila suami mahu melakukannya, sebagaimana sabda Nabi s.a.w:Demi Tuhan yang diriku pada tangan diriNya,tiada jua seorang lelaki memanggil isterinya pada tempat tidur (untuk berjima') dan enggan isteri menuruti ajakan suami,maka segala malaikat dan penghuni langit murka ke atasnya hingga redha semula suaminya.

Sabda Nabi s.a.w: Demi hak suami atas isterinya itu,bahawa janganlah dia menahani dirinya jikalau ada atasnya anak sekalipun hendaklah dia redhakan ( agarsuami menjuma'nya), jangan dia puasa sunat sehari jua pun melainkan dengan izin suaminya.


bersambung:-

Continue reading...

kekerapan jima' untuk kesihatan

Masalah kekerapan jima bergantung kepada kehendak syahwat dan juga tanggapan pasangan mengeni tujuan dan feadah jima. Ini isu yang sering menhadi punca salah faham antara suami isteri berkaitan hubungan kelamin. Jika suami kerap mahu berjima, isteri mungkin menganggap bahawa suaminya gila nafsu. Sekiranya isteri tidak melayani suaminya dalam hal ini, ada kemungkinan suami menganggap isteri tidak memainkan peranannya sebagai isteri yang bertanggungjawab.Ketidak-sesuaian suami-isteri dari sudut kekerapan jima' ini dipanggil oleh orang Melayu dahulu sebagai 'sebulan bertemu sehari'. Ia bermaksud bahawa keinginan untuk berjima dalam satu-satu jangkamasa adalah amat berbeza antara suami dan isteri yang berkaitan.

Sebenarnya masalah kekerapan jim' ini sukar untuk diselesaikan. Tidak ada satu formula umum yang sesuai untuk semua pasangan suami isteri. Dari punca-punca yang dirujuk, kelihatan bahawa sebab utama jima' itu kerap dilakukan biasanya berpunca dari pihak suami yang ingin meredakan gelojak syahwat. Sebab utama jima' jarang dilakukan biasanya berpuncanya dari pihak isteri, kerana mahu menjaga kesihatan dan kecantikannya.Faktor anak boleh mengubah kekerapan jima' dilalukan dengan kekerapan yang sederhana. Satu pendapat telah dicatatkan dalam kitab Su Nu Ching bangsa Cina di zaman dahulu.Menurut kitab itu, seorang lelaki perlu menghadkan jima'kerana faktor kesihatan.Ini kerana dengan memancutkan mani terlalu kerap, badan lelaki akan lemah.
Continue reading...

Friends

Followers

Fave This

FAIZAL THE BLU... Copyright © 2009 Not Magazine 4 Column is Designed by Ipietoon Sponsored by Dezigntuts