cbox

Monday, May 25, 2009

sambungan > kekerapan jima' untuk kesihatan

Jadual kekerapan jima mengikut usia suami

Umur Suami Jima' dan inzal mani Jima dan inzal mani
Sekarang jika tubuh suami kuat jika tubuh suami lemah
( tahun )

20 banyak kali 1 kali sehari
30 1 kali sehari 2 hari sekali
40 3 kali sehari 4 hari sekali
50 5 kali sekali 10 hari sekali
60 10 hari sekali 20 hari sekal

Luqmanul Hakim, yang mana namanya tersebut di dalam Al-Qur'an,adalah salah seorang pendita Islam. Beliau telah ditanya mengenai berapa kalikah dalam seminggu jima' patut dilakukan,lantas beliau menjawab: Sekali sahaja.Jika tidak tahan sekali,maka dua kali,Apabila ditanya lagi bagaimana jika tidak cukup juga dua kali,maka beliau menjawab: Serahkanlah nyawa kamu pada wanita. Dari apa yang beliau pesankan itu,jelaslah bahawa jima'yang terlalu kerap akan mendatangkan mudarat kepada kesihatan suami.

Apakah had paling minima sepatutnya jima' dilakukan sebagai memenuhi syarat pemberian nafkah batin.Kita merujuk kepada pendapat-pendapat ulama Islam mengenai hal ni.

Menurut Asyik Zurak dalam kitabnya: Suami mestilah menunaikan hak isterinya dua kali dalam seminggu.Ini bertujuan agar isteri itu menjamin dari melakukan maksiat kecurangan dalam rumahtangga,tetapi tidaklah dilakukan lebih kerap hingga membosankan.Dalam kitab Ihya Ulumidin,Imam Al-Ghazalli mencatat: Hendaklah lelaki itu jima' dengan isterinya empat hari sekali dan itu dianggap pekerjaan yang adil kerana menimbangkan bahawa dihalalkan oleh Allah Ta'ala bagi lelaki itu empat isterinya, tetapi harus dia mengurangi atau melebihkan kekerapan itu.Sebagaimana yang tercatat dalam Khutbah Nikah,isteri boleh menuntut cerai ta'lik jika suami tidak memberikan nafkah selama empat bulan Hijriyah.Ini adalah sempadan yang perlu diketahui oleh para suami.

Secara umum,berbagai punca pendapat bahawa kaun wanita itu, terutamanya yang sedang bersuami,mempunyai kemahuan untuk berjima kurang kerapjika dibandingkan dengan suaminya.Ramai isteri lebih suka jika suami kerap bergurau senda,beramah mesra dan bercumbuan.Hal ini patut disedari oleh para suami untuk mengelakkan dari salah faham terhadap isterinya.Namum begitu jika isteri tidak mempunyai apa-apa sebab yang menghalangnya jima',patutlah para isteri melayani suaminya apabila suami mahu melakukannya, sebagaimana sabda Nabi s.a.w:Demi Tuhan yang diriku pada tangan diriNya,tiada jua seorang lelaki memanggil isterinya pada tempat tidur (untuk berjima') dan enggan isteri menuruti ajakan suami,maka segala malaikat dan penghuni langit murka ke atasnya hingga redha semula suaminya.

Sabda Nabi s.a.w: Demi hak suami atas isterinya itu,bahawa janganlah dia menahani dirinya jikalau ada atasnya anak sekalipun hendaklah dia redhakan ( agarsuami menjuma'nya), jangan dia puasa sunat sehari jua pun melainkan dengan izin suaminya.


bersambung:-

Continue reading...

kekerapan jima' untuk kesihatan

Masalah kekerapan jima bergantung kepada kehendak syahwat dan juga tanggapan pasangan mengeni tujuan dan feadah jima. Ini isu yang sering menhadi punca salah faham antara suami isteri berkaitan hubungan kelamin. Jika suami kerap mahu berjima, isteri mungkin menganggap bahawa suaminya gila nafsu. Sekiranya isteri tidak melayani suaminya dalam hal ini, ada kemungkinan suami menganggap isteri tidak memainkan peranannya sebagai isteri yang bertanggungjawab.Ketidak-sesuaian suami-isteri dari sudut kekerapan jima' ini dipanggil oleh orang Melayu dahulu sebagai 'sebulan bertemu sehari'. Ia bermaksud bahawa keinginan untuk berjima dalam satu-satu jangkamasa adalah amat berbeza antara suami dan isteri yang berkaitan.

Sebenarnya masalah kekerapan jim' ini sukar untuk diselesaikan. Tidak ada satu formula umum yang sesuai untuk semua pasangan suami isteri. Dari punca-punca yang dirujuk, kelihatan bahawa sebab utama jima' itu kerap dilakukan biasanya berpunca dari pihak suami yang ingin meredakan gelojak syahwat. Sebab utama jima' jarang dilakukan biasanya berpuncanya dari pihak isteri, kerana mahu menjaga kesihatan dan kecantikannya.Faktor anak boleh mengubah kekerapan jima' dilalukan dengan kekerapan yang sederhana. Satu pendapat telah dicatatkan dalam kitab Su Nu Ching bangsa Cina di zaman dahulu.Menurut kitab itu, seorang lelaki perlu menghadkan jima'kerana faktor kesihatan.Ini kerana dengan memancutkan mani terlalu kerap, badan lelaki akan lemah.
Continue reading...

Friends

Followers

Fave This

FAIZAL THE BLU... Copyright © 2009 Not Magazine 4 Column is Designed by Ipietoon Sponsored by Dezigntuts